Thursday, February 9, 2017

YB3B REVERSE 'OT' SERIES [PART 3]


Pagi-pagi lagi dah bangun. Nak layan sunrise. Tapi member bising takde sunrise. haha kuciwa. Tapi mesti bangun solat subuh. Malam tadi dah layan pewainya. Cari secebis line internet. Haree, takdop. Plannya, pagi ni nak breakfast berat sikit kat Kem Kasut. Maklumlah, semua lapar gaban malam tadi tak dapat nasi.. hmm

Dibah as chef bertindak pabila mencari Maggi kari yang tak tahu sape punya. ada yang mengaku haritu, tapi aku lupa. tapi thanks la ehh. maggi anda telah mengenyangkan line up pagi-pagi tu. alhamdulillah. dengan gabungan-gabungan air dari line up yang ada, dapatlah masak maggi sementara layan sunrise yang tak seberapa and demi mengisi sedikit kekosongan dalam perut tu.

Mari layan view and gambar di peak Yong Belar !


dibah and zal , the chef !

zira & Mus


Hafiz, Uwais, Tahir









sapelah cameraman nie. failed !
sesi mengemas

dah setel kemas semua, maka berangkatlah kami ke kem kasut untuk makan-makan santai-santai. Hancus gila trek dari peak ke kem kasut ni. memang berlumpur selut haha kem kasut ada watersource. lupa pulak snap gambar watersource kem kasut tu. tapi just nice kalau nak rendam kaki . nak mandi memang tak lepas.

hancuss

mossy of yong belar


Maka menu late breakfast kami adalah nasi putih + ayam masak kicap + telur 'buatan zalina' + sardin

cukup menyelerakan atas gunung tu. alhamdulillah, nampaklah muka happy semua after makan tu. masing-masing dapatlah beramah mesra sementara geng dapur menyediakan makanan.

sempat bermain kad, tak sah kalau camping tak bawak kadd

cik zalina in the housee

geng belakang slow motion


Menu makanan tengahari pulak meehoon goreng. sebab tadi dah makan nasi pun agak lewat, so meehun goreng santai sikit la. disebabkan ada yang injured, so we decided to break into 2 groups , yang nak pergi ke Pelaur Waterfall and yang injured tak dapatlah nak pegi pelaur tu. crew yang belakang-belakang ni semua tak pegi as nak kemas-kemas barang ni and santai jela. sepatutnya, boleh je pegi, maybe nextime kot. maybe buat trip Siku-Warpu - Pelaur Waterfall maybe? hehe

trek agak santai dari kem kasut ke Kem tudung periuk. Cuma korang akan perasaan beberapa kali naik turun and ianya seakan sama. haha bukan kena game ke apa, tapi memang camtu. naik turun all the way.

 kami pun melepak kat simpang Pelaur Waterfall. Mulanya guide cakap 30minit pegi dan 30minit balik. so it will be longer la kalau untuk yang injured. so we decided takyah pergilah. siap masak air teh bagai sementara tunggu wadi di belakang. and tak sangka pulak simpang ni just 15minutes to kem tudung periuk. tahu lepak sana je senang.

Pelaur waterfall ni, ada campsite, so sesapa yang nak camping situ pun boleh. menurut team yang pegi ke waterfall ni, just take 10-15minutes je nak sampai waterfall tu dari simpang. simpang ni takde signboard ke apa, just ada big cross using kayu yang guide buat sendiri. maybe nextime dah takde kayu tu, so better dengan guide lah pegi sana. kang sesat susahkan orang ;) lets enjoy the beautiful of pelaur waterfall !



kebal tol kulit diorang ni


air terjun kan ketinggian 1600m ? boleh bayangkan sejuknya? haha

solat jamak zuhur asar di kem tudung periuk. kat sini, aku selaku gogo bersama farhan nasri terpaksa mengambil undi sesiapa yang nak melalui jalan singkat terus ke kebun, kena bayar extra RM20 untuk powil lain. takdan nak lalu paip dan tangga sebab akan amik masa lebih lama , ada yang injured pulak tu.. so kami sehati sepakat untuk beramai-ramai keluar melalui kebun. tu pun pewai beb. banyak gak puncak tipu along the way nak sampai pintu rimba ni. layan jela. nasib baik dah malam..

Kem tudung periuk agak besar. sepatutnya, dalam 3 jam santai dah sampai kem tudung periuk dari kem kasut. aku pun taktahu kenapa lama sangat untuk geng belakang ni sampai kem tudung periuk. dari kem tudung periuk pun, biasanya mengambil masa 2jam santai ke pintu rimba. Yang log bawah ni pace sweeper. hehe and nak ke hujung the famous tangga and paip or yb pun lama gak. 2 jam kott. tu yang masing-masing tak sanggup nak redah paip malam-malam. mau tido je kat paip tuu..

sekian, ceritera OT series of YB3B. Minta ampun maaf kepada semua line up diatas segala kesulitan yang kita hadapi bersama. BTW, line up kalini sempoii. alhamdulillah, semua takde complain pape yang tak menyenangkan. semua anggap itu as pengalaman berharga yang jarang sekali ditempa. well done line up !


Barisan Line Up YB3B Reverse OT series anjuran 'BLACKHAWKCREW'

Lelaki - Farhan, Uwais, Huzaini, Iswan, Faris, Hafiz, Tahir, Adel, Mus, Boi,  Qoy, Naqib, Syimir

Perempuan - Uda, Wadi, Adiah, Dila, Zira, Ecah, Zati, Zal, Dibah


 Log 3rd Day

Puncak Yong Belar 1030 - Kem Kasut 1115
Kem Kasut 1430 - Simpang Pelaur Waterfall 1700 (15minutes go and back to waterfall)
Simpang Pelaur Waterfall 1830 - Kem Tudung Periuk 1845
Kem Tudung Periuk 1915 - Pintu Rimba 2245

Tekan2lah iklan tu ye guyss :)

And link ni jugakk . thanks hehe



1 comment:

  1. owner blogspot dh x aktif menulis ke ? rindu yong belar . tahniah semua harap semua hiker dlm ni sihat2 dan bahagia selalu

    ReplyDelete